donate

  1. PASRelief mengecam sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel ke atas rakyat di Palestin. Serangan rejim Israel semakin mengganas dan biadap apabila menyasarkan orang awam yang kebanyakannya dari golongan wanita dan kanak-kanak.
  2. Tentera rejim Zionis bertindak lebih biadap apabila menggunakan bom fosforus putih yang mana ia adalah diharamkan di peringkat antarabangsa. Antara yang menjadi sasaran bom zionis Israel juga adalah bangunan awam termasuklah bangunan Kementerian Buruh yang dibina oleh PASRelief.
  3. Bangunan Kementerian Buruh yang dibina hasil usaha dan sumbangan dari rakyat Malaysia turut terkesan oleh serangan rejim zionis. Bangunan itu mula dibangunkan pada 15 Januari, awal tahun ini dan baru sahaja disiapkan pada bulan Ogos ini dengan jumlah kos RM 1.1 juta.
  4. Pagi ini, PASRelief menerima khabar dari Palestin bahawa bangunan Kementerian Buruh yang baru siap dan tidak sempat pun digunakan lagi itu turut terkesan oleh serangan manakala bangunan Kementerian Buruh yang lama di sebelahnya telah musnah menyembah bumi. Bangunan baru yang bakal dijadikan tempat rakyat Palestin mencari rezeki kini sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
  5. PASRelief bertekad untuk terus kembali mengumpulkan dana yang secukupnya bagi membaik pulih semula bangunan Kementerian Buruh tersebut dengan lebih baik dan in sha Allah akan dimanfaatkan oleh rakyat Palestin.
  6. PASRelief ingin mengajak dan menyeru kepada semua untuk turut bersama merebut ruang dan peluang ini menyumbang dalam menambah baik pulih bangunan tersebut. Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank, Tabung Kemanusiaan PASRelief : 5640 7061 4481 atau melalui : https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief
    Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144

Terima kasih.

YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Pengarah PASRelief
16 Oktober 2023

donate
Previous articleAngka Syahid Terus Meningkat
Next articlePintu Rafah dibuka Untuk Bantuan Kemanusiaan