donate
  1. Perang yang dinamakan ‘Taufan Al-Aqsa’ lebih dahsyat berbanding perang sebelum ini apabila penduduk dan pejuang Palestin bangkit menuntut hak mereka selepas 75 tahun peristiwa Nakbah.
  2. Atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan, PASRelief telah menyalurkan bantuan awal kecemasan bernilai RM100,000 kepada penduduk Palestin selepas serangan bermula pada Sabtu baru ini.
  3. Alhamdulillah, bantuan awal kecemasan yang disalurkan seperti keperluan makanan asas dan wang tunai telah pun sampai dan diagihkan sebahagiannya oleh wakil PASRelief di Palestin kepada mangsa-mangsa perang di sana.
  4. Kami difahamkan situasi di Gaza semakin tegang dengan tindak balas rejim zionis Israel yang semakin mengganas apabila menyasarkan kawasan pendidikan, masjid, kediaman penduduk dan hospital. Lebih dahsyat, bekalan air dan elektrik juga disekat.
  5. Keadaan getir yang dilalui oleh penduduk Palestin saat ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. PASRelief akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa perang di Palestin.
  6. Oleh itu, PASRelief memohon dan menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang mengikuti perkembangan perang Taufan Al-Aqsa untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza ini.
  7. Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan PASRelief : 5640 7061 4481 atau melalui : https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief
    Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144

YB Ust Mohd Yusni Bin Mat Piah
Pengarah PASRelief
10/10/2023

PASRelief #Aid4Palestin #TaufanAlAqsa #PrihatinUmmahSejagat

🌏 Laman Web
https://pasrelief.org/

🖍️ Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02MvEHuHZxdEe2nCmmWeWei3hk7HiP4wAohjSW8MT3si4uQpogKCmPdkmUum9xKmtxl&id=100071721354849&mibextid=Nif5oz
🖍️ Instagram
https://www.instagram.com/p/CyNcXeir0D6/?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==
🖍️ Tiktok
http://tiktok.com/@pasrelief
🖍️ Jemput bersama di telegram kami
https://t.me/PASReliefChannel

donate
Previous articlePerang Taufan Al Aqsa: Angka Syahid semakin meningkat
Next articleSeru umat Islam Solat Hajat untuk penduduk di Palestin