donate
Oleh: YB Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
1. Menteri Warisan negara haram Israel Amichai Eliyahu berkata salah satu pilihan pada peperangan ini adalah untuk mengugurkan bom nuklear (atomic bomb ) ke atas Semenanjung Gaza. Beliau juga berkata Semenanjung Gaza tidak ada hak untuk wujud dan menyokong untuk merampas kembali Semenanjung Gaza serta “memulihkan” kembali penempatan haram di sana.
2. Angka korban di kalangan warga Palestin akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 9,770 orang termasuk 4,800 kanak-kanak dan 2,550 wanita.
3. Disebalik peperangan sengit yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, seramai 86 orang pendatang haram yahudi dengan kawalan ketat polis pengganas regim zionis Israel menceroboh perkarangan Masjidil Aqsa awal pagi tadi.
4. Ribuan pendatang haram yahudi mengadakan demonstrasi besar-besaran di Jerusalem dan Tel Aviv termasuk di hadapan kediaman Benjamin Netanyahu bagi menyatakan kemarahan terhadap Benjamin Netanyahu dan pentadbiranya serta menuntut beliau agar meletakkan jawatan. Demonstrasi bertukar menjadi ganas setelah berlaku pertempuran antara pendatang haram yahudi dengan polis regim pengganas zionis Israel.
5. Tentera pengganas regim zionis Israel sekali lagi melakukan “pembunuhan beramai-ramai” yang amat kejam apabila melancarkan serangan udara dan mengebom bertalu-talu kem pelarian Al-Maghazi di Semenanjung Gaza.
6. Tentera pengganas regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Jabalia, Bani Suhail, Khanyounis serta kejiranan Al-Zaiton dan kem pelarian Al-Nusirat.
7. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dan tentera pengganas regim zionis Israel di kawasan dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza berikutan operasi ketenteraan darat yang dilancarkan oleh tentera pengganas regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza seperti di Tel-Hawa, barat laut bandar Gaza, Beit Hanoun, Juhr Al-Dik dan Khanyounis.
8. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah regim pengganas zionis Israel seperti di Tel Aviv, Kibbutz, Mivtahim, Raim, Beeri, Netivot dan Sedirot serta menyasarkan kedudukan tentera pengganas regim zionis Israel di Kisofim dan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza.
9. Tentera pengganas regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara ke atas perkarangan hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza seperti Hospital Indonesia dan Hospital Al-Quds.
10. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas regim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti Jenin, Hebron, Tulkarm, timur Baitul Maqdis, Khalil, Nablus dan Qalqilia.
11. Ketua-ketua agensi keselematan negara haram Israel berkata pengakhiran perang masih lagi jauh walaupun berdepan hebat dengan tekanan antarabangsa.
12. Tentera pengganas regim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, artileri dan drone ke atas wilayah dan bandar di selatan Lubnan seperti di Tyar Harfa yang menyasarkan dua buah ambulan yang mengakibatkan 4 orang anggota paramedik cedera dan serangan drone ke atas bandar Al-Nabatia yang ditembak jatuh oleh tentera Hizbullah.
13. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera pengganas regim zionis Israel di wilayah yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Upper Galilee, Misgav Am, Matat, Avivim, Jal Al-Deir dan Yiron.
14. Menteri Pertahanan Iran menggesa agar Amerika Syarikat menarik balik sokongan ke atas negara haram Israel dan menghentikan keganasan dan jika tidak, ia akan mengalami “tamparan yang bergitu hebat”.
15. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong pejuangan rakyat Palestin terus berlaku di negara-negara dseluruh dunia seperti di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Norway, Jerman, Perancis, Indonesia, Ireland, Itali, Chile, Australia, Ghana, Sepanyol dan Tunisia.
Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.
donate
Previous articleKegagalan Diplomasi Amerika Syarikat dalam Perang Israel Gaza
Next articleGaza terus dibom, rakyat Palestin terus bermandikan darah!