donate

Konflik Gaza-Israel
Hari ke-192

Dalam 24 jam terakhir, konflik yang berpanjangan di sempadan Gaza-Rafah telah menyebabkan tragedi yang mendalam. Seramai 68 orang syahid dan 94 orang mengalami cedera parah. Ini menambah jumlah keseluruhan kematian menjadi seramai 33,797 orang syahid dan 76,465 orang cedera sejak konflik ini bermula.

Situasi di lapangan semakin memburuk dengan adanya hampir 8,000 mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan tersebar di jalanraya. Pasukan penyelamat dan ambulans menghadapi kesulitan untuk mencapai lokasi-lokasi tersebut, meninggalkan banyak korban tanpa bantuan yang sangat diperlukan.

Konflik ini telah menarik perhatian dan keprihatinan antrabangsa. Pihak Bangsa-bangsa Bersatu telah berusaha untuk mencapai gencatan senjata sementara, namun upaya tersebut tampaknya belum membuahkan hasil. Akibat kedegilan Israel serangan-serangan terus berlangsung, dengan wilayah utara Gaza menjadi sasaran awal dan mengalami kerusakan besar.

Dunia menanti reaksi dari Israel terhadap serangan Iran yang belum pernah terjadi sebelumnya, yang meningkatkan ketakutan akan konflik yang lebih meruncing. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, telah menyerukan deklarasi dan menyatakan bahawa dunia tidak mampu menghadapi perang lain di Timur Tengah jika perang Iran-Israel makin serius.

donate
Previous articlePertempuran Kembali Meletus di Gaza Selepas Gencatan Senjata Tamat
Next articleIsmail Haniyeh Mati Syahid di Tehran Iran