Perkembangan Mutakhir Dunia Islam.
1. Pemimpin H4M4S, kumpulan pejuang Palestin dan pemimpin Palestin telah menolak dan mengecam keras kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai cadangan pengambilalihan Semenanjung Gaza oleh Amerika Syarikat, menisbahkannya sebagai “gambaran kejahilan” serta selari dengan kepentingan regim penjajah Zionis “Isr4 Hell”.
2. Cadangan pengambilalihan Semenanjung Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencetuskan kecaman, penolakan dan tindakbalas dari seluruh dunia.
3. Qatar : Rundingan fasa kedua gencatan senjata Gaza boleh dimulakan pada bila-bila masa.
4. Ahli Dewan Perwakilan dan Kongres Amerika Syarikat dari parti Republikan memperkenalkan Rang Undang-Undang yang akan menghalang pengunaan “Tebing Barat” daripada dokumen dan bahan rasmi Amerika Syarikat, menggantikannya dengan “Judea dan Samaria” bertujuan untuk mengukuhkan sokongan tuntutan regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” ke atas Tebing Barat.
5. Menteri Tenaga negara haram “Isr4 Hell” Eli Cohen berkata negara haram “Isr4 Hell” tidak akan menolak cadangan penubuhan sebuah negara Palestin asalkan ia di dalam mana-mana negara Arab. Manakala Menteri Kewangan negara haram “Isr4 Hell” Bezalel Smotrich berkata sudah sampai masanya untuk “menguburkan” terus idea penubuhan sebuah negara Palestin yang disifatkannya sebagai amat berbahaya.
6. Arab Saudi sekali lagi mengulangi pendiriannya menolak sebarang normalisasi hubungan dengan negara haram “Isr4 Hell” tanpa penubuhan sebuah negara Palestin. Kenyataan tersebut dikeluarkan Kementerian Luar Arab Saudi sejurus Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri negara haram “Isr4 Hell” Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan bahawa Arab Saudi tidak menuntut penubuhan sebuah negara Palestin sebagai pertukaran dengan perjanjian damai antara Arab Saudi dan negara haram “Isr4 Hell”.
7.Seorang kanak-kanak warga Palestin Hamza al-Hams, 13 tahun terkorban akibat tembakan tentera penjajah regim Zionis “Isr4 Hell” di Rafah, menjadikan angka korban pada hari Rabu ( semalam ) kepada 3 orang disebalik perlaksanaan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
8. Tentera penjajah regim Zionis “Isr4 Hell” mengakui bahawa mereka telah mengusir lebih 2,000 warga Palestin dari kem pelarian Tulkarm berikutan operasi ketenteraan di utara Tebing Barat di samping merobohkan puluhan rumah kediaman dan memusnahkan jalan raya di kem pelarian tersebut. Jawatankuasa Media di Kem pelarian Jenin menyatakan bahawa lebih 25 warga Palestin terkorban manakala lebih kurang 15,000 warga Palestin diusir dari kem pelarian Jenin sepanjang 15 hari tentera penjajah regim Zionis “Isr4 Hell” melaksanakan operasi ketenteraan di kem pelarian tersebut.
9. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sedang mengatur rancangan kemungkinan pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Syria.
10. Iran memberi maklumbalas bahawa Iran tidak akan membina senjata nuklear dan program nuklear Iran adalah untuk penjanaan tenaga berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melaksana semula kempen “maximum pressure” ke atas Iran dan menyatakan bahawa Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear.
Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”
YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.





